Surat Untuk Calon Suamiku
Bakal Suamiku.. .....yang telah
tercatat namamu untukku di Lauhul Mahfuz.
Juga telah tercatat namaku
untukmu sejak azali lagi.
Hanya Allah yang tahu, tak siapa
di antara kita yang tahu.....
Bakal Suamiku.. Terpanggil
aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati
ini..
Hanya untukmu.. Yang Allah telah
jadikan aku dari tulang rusukmu..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku
jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan..
Aku bukanlah wanita yang sehebat
Saidatina Khadijah,
bukan sesuci Saidatina Aishah,
bukan seteguh cinta kasih
Zulaikha..
Aku masih bertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai
peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua
keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana
satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir
dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau
akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu..
Bakal suamiku.. untuk pertama kali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku
sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara
diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini,
kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling, aku selalu bermaksiat hati,mata dan telinga astaghfirullah al adziim......
Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan
dosa noda ini ?mungkinkah kau mengharapkan seorang wanita yang
suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di
sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula
waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya
untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku
persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh
menerima diriku seadanya.
Alangkah indahnya jika kau
mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam..
Aku sedia menerimamu seadanya
sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal
memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah
membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku..
Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya
kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta
dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini.
Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain
yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan
semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada
hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga,
yang lahir dari hati yang ikhlas.
Bakal suamiku.. Maafkan aku
lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku
tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia
datang tanpa dapat aku mengawalnya..
Maafkan aku kerana sudah tersalah
memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak
untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu
denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku
di heret oleh sifat rakus lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Di mana kau
pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama
membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah
kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak,
Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah
tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah
kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau
membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini,
mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas
kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…
Bakal Pembimbingku.. Aku tak
mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi
Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah semua
bersederhana.Yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang
paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku
menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat
mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik
keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan
anak-anak kita.
Rasulullah saw ialah contoh
suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku
mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang
aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak
pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah
dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap
hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..
My Love.. indahnya bila kita
dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta
di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan
bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama.
Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala
juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada
yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika
kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku
semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku
mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku
ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan
sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada
Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan
kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari
hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang
soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda,
titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci
denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa
benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang
halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik
itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita
belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap
melalui telefon, ber ’sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu
sama lain.
Bakal Suamiku.. Kita hamba
Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka,
segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa
melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih
besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau
betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana
kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau
memerlukanku.. dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar
menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
**Dari hati yang tulus ikhlas..
hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang
sebenarnya..???**